SPRINGVILLE, UK PERDANA adalah satu lagi projek kediaman berkonsepkan servis apartment yang terbaru. Ia telah siap dibina sepenuhnya kini. Lokasinya hanya terletak di pinggir bandar kosmopolitan Kuala Lumpur. Mengambil masa hanya kira-kira 15 minit sekiranya anda ingin berkunjung ke KLCC. 10 minit untuk ke Zoo Negara atau Taman Melawati, 10 minit untuk ke Ampang Point dan mempunyai jalinan rangkaian jalanraya yang sungguh baik bagi memudahkan anda berulang-alik ke tempat kerja samada melalui AKLEH, MRII atau DUKE. Kawasan Ukay Perdana ini adalah berbukit atau bertanah tinggi dan ianya hanya bersebelahan dengan kawasan penempatan mewah Bukit Antarabangsa. Udaranya yang sentiasa nyaman dan segar, jauh dari hiruk pikuk kebisingan kotaraya, berkabus, selesa dan penuh kehijauan seumpama anda sentiasa berada di kawasan percutian atau di bukit peranginan yang terkenal. Ukay Perdana akan sentiasa menggamit anda dan keluarga untuk tinggal disini dengan selesa, tenang dan harmonis.

Bagi mereka yang telah bersara adalah amat sesuai untuk tinggal di kawasan ini kerana udaranya yang sentiasa nyaman dan segar. Populasi penempatan di Ukay Perdana didominasi oleh kaum melayu hampir 70%, Cina 10%, India 10% dan lain-lain bangsa 10%. Kawasan kejiranannya amat selamat, mempunyai masjid, balai polis, lot-lot kedai, restaurant, stesen minyak dan prasarana awam disediakan seperti kemudahan bas rapid hingga ke stesen LRT yang berhampiran. Ianya juga berdekatan dengan kawasan bank, sekolah (rendah dan menengah) hanya kira-kira 2km dan mempunyai kemudahan bas sekolah. Selanjutnya..http://springvilleukperdana.blogspot.com/.
No comments:
Post a Comment